Saturday, May 18, 2013

Sos Black Pepper Mushroom

Hari ni nak kongsi resepi sos black pepper mushroom yang tersedap penah lola masak dan makan..resepi sos ni la yang lola buat bersama ayam panggang.

SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahan

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan fresh milk
segenggam black peper yang ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 sudu besar kicap
garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

Cara2

- cairkan butter dalam kuali
- bila butter cair, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- bila dah berbuih2 masukkan fresh milk,black pepper, mushroom & kiub pati ayam.
- kacau sehingga agak pekat.
- masukkan kicap dan perisakan dengan garam
- matikan api selepas menggelegak
- kalau nak cair cikit bole la tambah air.

senang dan sedap... cuba la..

Wednesday, May 8, 2013

Mekar Semilu

Hari ni genap la sebulan lola pakai produk kecantikan wajah dari mekar semilu, jadinya nak berkongsi la  berkesan atau tak pakai produk ni. Lola beli set untuk kulit kombinasi, resdung dan jerawat pasir.

Alhamdullilah seminggu pakai mekar semilu ni dah nampak kesan nya..hubby tegur kata muka nampak sexy.. tak percaya apa yang hubby kata..cukup dua minggu guna mekar semilu tanya hubby balik ada nampak apa-apa perubahan tak kat muka ni.. hubby kata " muka ayang nampak sexy dan putih berseri" jadi lola pun tunjuk la produk yang lola guna ni pada hubby.


terdiri daripada sabun propolis, toner zam-zam dan pearl krim. tiga benda ni je yang lola guna..

Cara nak guna pulak.. basuh muka dua kali sehari dengan sabun propolis -> waktu bangun dan waktu nak tido. setiap kali lepas pakai sabun propolis, lap kan muka dan spray toner zam-zam kewajah..dap-dap dengan jari supaya serata seluruh wajah dan leher. sebelum tido sapukan krim mutiara ni..dah siap.. tunggu hasilnya dalam dua minggu..

 Alhamdullilah produk ni serasi dengan lola..harap berterusan.. so kepada sesipa yang masih tercari-cari produk kecantikan wajah bole cuba mekar semilu ni okey.. semoga kita semua dapat wajah yang cantik, putih dan berseri.

Friday, May 3, 2013

Udang/Sotong/Bayam Goreng Tepung


Semalam buat sotong goreng tepung..tapi lupa lak nak snap gambar...hari ni buat udang dan bayam pulak goreng tepung.. sedap dicicah dengan sos thai atau sos keropok lekor yang dalam botol tu.


Resepinya:

3 sudu besar tepung ayam kfc
3 sudu besar tepung jagung
sebiji telur
serbuk lada putih

caranya pulak : 

Masukan tepung dalam satu bekas..gaulkan dan masukan lada putih sedikit..
kalau nak masak sotong, celur sekejap sotong tersebut...kalau nak masak udang atau bayam cuma basuh bersih-bersih dan udang tu buang kepala dan ekor yang tajam tu je. Kemudian sejat air..bila agak kering tu masukkan dalam satu bekas...pecahkan telur dalam tu..gaul dengan sotong dan udang.
kemudian masukan dalam bekas tepung tadi gaul supaya rata udang dan sotong lalu gorengkan dalam minyak panas. Bila dah garing bole lah angkat..
Untuk masak bayam pastikan bayam tu kembang..celup dalam lebihan telur tadi dan kemudian tekap dalam tepung lalu bole digoreng. bayam tu kena goreng kembang baru rasa rangup.


Wednesday, May 1, 2013

Bedak Arab - Kokuryu Super Summer Cake

Bedak yang tengah popular sekarang ni...ramai yang pakai bedak ni dan bagi komen positif.. so lola pun terjebak jugak untuk mencuba.. beli online je, dapat bedak ni, terus pakai keluar gi Jusco. Lola beli warna puggy pink..masa beli tu dah berkira-kira nak beli warna rosehelle atau cherry pink.. warna yang paling putih cherry pink tapi seller tak de stok pulak.. sebabkan nak dapat effect pinkish tu yang ambik jugak puggy pink.. masa tengah bersiap tu tunjuk kat husband sambil cakap "ni la bedak yang orang arab pakai buat muka derang gebu tu"... pastu dah pakai tanya hubby lagi.. "gebu tak? cantik tak?" hubby cakap "cantik..gebu..ayang pakai apa pun cantik" :) hehehe tersenyum la apa lagi..

Masa mula-mula sapu span kat bedak tu..macam tak lekat je bedak tu..kena tekan ckit baru lekat pada span..mungkin span tu kena basah lagi ckit kot..jangan kering sangat..pastu sapu keseluruh muka dah perasan muka cam merah dan gelap je.. tapi masa sapu tu rasa best tau best sangat efek dia...memang muka gebu.. tanya hubby dia pun cakap okey..so keluar la dengan confidentnya.. masa nak balik dari jusco snap gambar kat toilet dulu dan hasilnya warnanya tetap gelap di muka ku...macam warna pink lebam gitu..baca review katanya kalau pakai lama-lama bedak ni akan ikut warna darah..katanya...tapi gitu je...

sedih la sebab warna tu tak sesuai dengan lola tapi pakai bedak arab ni memang best...lola buat pakai kat rumah je la warna puggy pink ni..untuk keluar nanti lola nak beli warna cherry atau cherry pink pulak.. jadi siapa-siapa nak muka gebu bole cuba bedak ni..memang tak rugi..tapi pastikan warnanyer betul dengan kulit kita baru best..

Petikkan dari seller :  
Bedak Arab Istimewa : 
3 dalam 1…..antara kelebihannya :

1) 3 in 1 make powder, moisturizers, foundation. (xperlu pakai apa2 krim lg cukup dgn bedak ni aje.)


2) kulit akan kelihatan kemas sepanjang hari….makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yg sgt cantik….  
 
3) x melekat pd tudung atau tisu jika berpeluh, kena hujan, basah atau terkena air, sbb dia natural terus meresap ke kulit.


4) lebih tahan lama n jimat dr bedak biasa

5) tahan selama 8 jam

6) produk halal n boleh di bawa solat…
 
boleh mengecutkan jerawat di muka

 
Cubalah dan rasailah keberkesanannya…..anda pasti suka =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...