Wednesday, December 4, 2013

Lola buat diet Atkins

Sebelum ni lola buat diet tak makan nasi...sekarang ni dah lebih sebulan lola buat diet atkins... dalam masa lebih kurang 2minggu lebih dah turun 4kilo lebih okay... kalau banding dengan tak makan nasi sebulan purata turun cuma sekilo... sekarang ni berat lola dalam 48-50kg..  lola buat atkins diet ni betul-betul cuma sebulan 7hari... masa ni berat dah 48.9kg... pastu lola control makan dan buat senaman je... tapi coklat..dan kek tetap makan..huhuhu...yang ni tak leh tinggal..tapi kena banyak minum air dan bersenam okay.. tu yang kadang turun kadang naik..

Kepada sesiapa yang nak buat diet atkins ni, sila baca dan faham betul-betul sebelum buat okay...dah faham terus buat tau takyah tunggu-tunggu lagi, cepat start lagi cepat kurus...hihihi..betul tak..

2minggu induction lola memang buat betul-betul..Lola makan ayam goreng, ikan goreng dan daging goreng.. Lola tak berapa lalu sangat nak makan telur melainkan telur dadar je..tu pun kena garing-garing sikit.. sayur pulak sawi dan bayam dan jugak makan sebiji tomato sehari serta salad....ngam-ngam dua minggu lola dah tak lalu makan semua tu..

Jadinya tamat masa induction start pulak fasa dua..Dah bole makan tomyam, buah strawberi, dan almond..pastu beli coklat khas untuk diet ni nanti lola postkan gambarnyer.. bole makan sardin, sosej dan daging burger.. tapi pilih yang rendah karbo la..

Cukup seminggu lola pergi ke fasa 3 pulak... dah bole makan buah dah time ni..sayur campur karot, oat dan bihun..

Pas seminggu masuk fasa maintanance..masih jaga makan..tak makan banyak tapi makan jugak nasi kadang-kadang.. dan kena rajin bersenam jugak nak bagi badan cantik dan mantap..

Sekarang lola dah kurus macam dulu balik rasa happy sangat... korang bila lagi..jom la buat diet ni dan jangan lupa bersenam..


Sunday, December 1, 2013

Harga Cupcakes

CUPCAKE
1) Flavour : Coklat/ Vanilla/ Pandan/ Oren/ Strawberi.(one flavour per set only)
Paper Cup / Solo Cup M size = 2.5oz + Window Box


deco cupcake bole di pelbagaikan
Topping Buttercream
12pcs  - RM 35.00
16pcs  - RM 45.00
25pcs  - RM 65.00





Topping Coklat Buttercream
12pcs  - RM 40.00
16pcs  - RM 50.00
25pcs  - RM 70.00



Topping Coklat Ganache(**choc flavour only)
12pcs  - RM 45.00
16pcs  - RM 55.00
25pcs  - RM 75.00

Topping Fully Fondant
16pcs  - RM 80.00
25pcs  - RM 120.00
   
Edible Image
16pcs  - RM 75.00
25pcs  - RM 95.00


2) Cupcake Coklat Moist Topping Buttercream with Oreo / Cadbury /
 Fresh Strawbery / Fondant (choose one only)
 16pcs  - RM 60.00
 25pcs  - RM 90.00
 
3) Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
    16pcs  - RM 60.00
    25pcs  - RM 90.00

4) Red Velvet with Cream Cheese Frosting
    16pcs  - RM 60.00
    25pcs  - RM 90.00

Tuesday, November 19, 2013

Menerima Tempahan Bubur Asyura Utara

Assalamualaikum semua...
Terima kasih kerana sudi singgah diblog lola... sebenarnya lola buat entry ni sebab ramai sangat yang bertanyakan pasal Bubuq Sora yang lola post tahun lepas..jadi kat sini lola nak habaq la kan yang lola memang buat lagi bubuq sora ni. Sila la tempah... pasal harga tu dah berpatutan dah sebab bubuq sora ni guna banyak bahan dan kacau lama....kalau dibandingkan dengan dodol sama ja banyak step nak kena buat dan kena kacau lama, cuma bahan buat dodol tak banyak tapi harga seberkas dodol pun dah berbelas ringgit tau... kalau tak nak tempah pun dan teringin sangat nak makan bole ja buat sendiri sebab lola dah post pun resepinya kat sini.

Kepada sesiapa yang nak tempah tu sila la tempah sekurang-kurangnya 2hari sebelum hari pick up.. lola tak terima dah tempahan last minute sebab takut tak cukup bahan dan rasa dia akan lari ckit..kepada yang nak order banyak-banyak tu sila tempah seminggu awal atau 5hari sebelum hari pick up..dan bayaran 50% diperlukan sebagai tanda jadi order ye.

Untuk tempahan individu ada dua jenis bekas -> bekas bulat taufu fa (minimum 5 bekas) atau bekas besar loyang empatsegi.

Untuk tempahan banyak, untuk agih kepada staff-staff, untuk letak kat surau-surau atau nak nak bagi gift tu ada dua jenis bekas -> bekas bulat size bekas taufufa atau bekas bulat separuh size bekas taufufa.




Bole sms@we chat@ whatsApp lola di no : 012-6309326

 Diharap dengan penerangan ni memudahkan kepada sesiapa yang nak order... terima kasih banyak kepada sesiapa yang telah menempah dengan lola dan minta maaf kalau ada terkurang ya.. yang komen sedap tu terima kasih sangat.... :)

Wednesday, October 30, 2013

Diet Atkins

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.

4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat. - 0.2-1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan freash..

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

Friday, August 30, 2013

Diet tak makan nasi ke atau Diet Atkins?

Salam semua..selamat HARI MERDEKA YANG KE 56...

Lepas raya ni ramai yang sibuk nak diet kan..kan.kan... sama la lola pun..
Nak cerita la sikit pengalaman lola berdiet..hehehe

sebelum kawen maintain kurus....dah kawen anak sorang masih kurus...anak dah dua...badan mula la naik sebab...sebab..masa pantang tak jaga bebetul...maklum la pantang sendiri dengan jaga anak pertama lagi... mula-mula tak perasan sangat badan naik sebab hubby pun tak tegur..tapi bila tengok gambar yang ambik masa bawa anak gi taman burung (thn lepas 2012) tu badan dah bambam adeh....terus hubby tegur....so apa lagi nak berdiet time tu tapi tak de ilmu...teringat kakak ku yang diet tak makan nasi bole sarung baju kurung moden anak dia yang dah abis spm... siap share baju raya lagi tu... so bulan april tahun lepas aku mula diet tak makan nasi dan hanya makan lauk sahaja...disamping ambik nh cleanse... memang turun tau berat badan..seluar lama ada yang bole pakai balik....pastu hubby cakap pas raya nak tambah baby pulak... so masa bulan puasa tahun lepas pulun makan balik sahur dan berbuka makan nasi je... masa raya memang dah bambam balik...pastu hubby cakap tahun depan la nak tambah anak...aduh....nak kena diet balik la ni... tunggu masa yang sesuai untuk diet tak makan nasi...iaitu pada 25hb Dis 2012. berat masa tu 62kg...sampai la sebelum puasa hari tu bulan Julai 2013 berat jadi 54kg.

Bulan puasa sahur kena la makan nasi...so dah tak diet...dengan berbuka makan kuih-kuih manis..pastu raya pulak makan nasi tomato..laksa..kuih muih dan kek lagi...hancur diet..

Sekarang dah belajar tentang diet Atkins jadi nak cuba la...sebab masa bulan april tahun lepas memang buat sebiji macam diet atkins patut la berat turun cepat..

Berat 54.8kg timbang masa raya kedua
Hari ni 29hb Ogos 2013 lola Start Diet Atkins ni..
Siang makan ikan kembung kecil 3 setengah ekor
Malam makan tomyam campur
Air masak

Semoga lola berjaya capai target berat masa anak dara ....aminnnn....

Monday, August 26, 2013

Biskut Mama Carries

Salam semua,
Dah raya ke berapa hari ni...azril ni sejak bulan puasa suka tengok upin ipin dengan azrul..sekali dia tengok upin-ipin raya ada biskut bentuk star apa lagi...dia minta la mama dia ni buat biskut star... mama dia pun cari la biskut apa yang sesuai untuk buat biskut star...tertarik la nak buat biskut oat sebab guna minyak sapi mesti sedap lagipun minyak sapi masih ada lagi.. tapi oat tak ada... terjumpa lak resepi biskut cendawan tapi acuan bentuk cendawan tak ada dan anak nak biskut star tu yang teringat biskut mama carries ni..lebih kurang je macam biskut cendawan..jadi buat biskut bentuk star guna resepi Lilydvalley@myresipi



Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang. 
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco. 

Ais Krim Walls

Sapa suka makan ais krim..angkat tangan.......
lepas raya ni memang hancur diet.. ingat masa raya je melantak...pastu pas raya nak diet balik....tak jadi pulak.. :(  kena terus ganti puasa ni...baru leh diet balik...

tgk ni borong sakan ais krim walls..dan ais krim perisa yam untuk hubby dan azril.... yang mocha tu pun untuk hubby dan azrul pulak.. lagi dua tu lola punya ...hehehe...
 sekejap je dah habis makan..... adeh....

Wednesday, August 21, 2013

Ketam Masak Sambal

Hi semua... lola sebenarnya belum penah masak ketam sejak dah kawin sebab hubby pun tak penah belikan... ni pun ketam kawan baik dia bagi yang fresh punya dari laut...mula-mula nak buat masak lemak kuning...tapi hubby nak masak sambal....jadi dapatla resepi tu kat blog secretgarden tapi lola ejas cikit ikut cita rasa lola...

Ketam Masak Sambal
6 ekor ketam (cuci bersih-bersih)
10-15 biji cili kering (dipotong dan direbus) kalau suka pedas bole letak lebih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa

cara nak masak:
1) Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan satu 1/2 cawan air..hingga hancur dan halus.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan cili tadi..hingga naik minyak..masukkan gula.kacau sebentar.a
3) Masukkan ketam dan satu 1/2 cawan air lagi dan garam..kacau-kacau.
4) Masak hingga kuah agak kering dah siap..

masih dalam kuali lagi

Saturday, August 17, 2013

Dedorant Amway

Assalammualaikum...
Selamat Hari Raya... macam mana raya korang tahun ni..best...dapat kutip duit raya...anak....hehehe...
lola ok je...dapat raya kat kampung rasa best sangat...dapat bersama dengan makayah dan adik beradik...dapat beraya dan lepas rindu sekali..terima kasih kat myhubby..sejak kawin sampai sekarang memang beraya kat kampung lola dulu di Penang. Ye la kan dah memang duduk kat kl kalau raya kat kl jugak tak terasa la raya sangat...lagi pun anak-anak kecil lagi lum sekolah..tahun depan yang sulung dah mula sekolah mesti berbeza nanti..

Sekarang nak cerita pasal dedorant amway...sebab dapat info hasil googel jugak...untuk menghilangkan kesan kuning pada ketiak baju...dedorant amway satu-satunya yang berkesan untuk tidak mengkuningkan bahagian itu..jadi lola beli dan terus jadi ahli/agent amway. Hubby pakai baju keja warna putih, jadi kat kawasan tu memang kuning sebab kena dedorant yang selalu dia pakai...nak kena sental takde masalah...yang jadi masalah bila kesan kuning tak nak tanggal kena la beli baju baru...dah berapa banyak helai baju dah tak le pakai....jalan penyelesaiannya guna la dedorant dari amway ni...jimat masa memberus baju dan jimat wang beli baju baru... kepada sesiapa berminat nak beli dedorant atau barang dari amway bole sms lola ye di no 012-6309326.

Dedorant
Lecithin-E
Protein
Set Bersalin Amway
Pressure Cooker NOXXA Amway yang famous..ramai orang miliki
Pencuci Pinggan Mangkuk
Pencuci Kereta
Vitamin untuk kanak-kanak

Sunday, August 4, 2013

Sunglasses Raya

Hubbyku memang suka sangat pakai spek mata hitam, tetiap tahun dia beli baru...tahun ni dia nak beli brand levis dah survey harga pun...pastu hubby tanya lola nak tak satu..lola rasa macam nak tak nak je sebabkan kita ni dah makeup mata cantik-cantik dengan eyelinernye, eyeshadow, mascara lagi, siap lentikkan bagai kang pakai spek mata hitam, tak nampak pulak semua yang kita warna warnikan mata kita tu. Bila hubby dah gaji, gi la beli.... ada diskaun pulak tu alhamdullilah.. hubby tanya lagi nak tak...lola dah rambang mata tak tau pilih...mula tu pilih rayban tapi hubby suka lola pakai frame yg besar.. try punya try akhirnya lola dan hubby berkenan dengan Sunglasses Esprit warna hitam kehijauan...

dalam gambar tak nampak lak tone kehijauan belah bawah spek ni

didatangkan dengan bekas leather
 pegi sogo hari tu bergaya sakan dengan spek ni dalam sogo..ramai lak orang duk tengok lola..ingat artis ke..hehehe perasan jap...memang comfy macam tak pakai spek tau..tu yang belasah je pakai dalam pasaraya...nampak bergaya la hari raya ni...thanks hubby...:)

   
ni hubby punya

ala matrix gitu...

Saturday, August 3, 2013

Biskut Arab



Biskut Arab

Bahan-bahan:
Tepung Gandum 1kg
Minyak Sapi 400-450gram
Gula Aising 2cawan
sedikit gula

caranya:
1. Tepung digoreng/dipanaskan terlebih dahulu tanpa minyak..
2. Ayak tepung supaya tak berketul
3. Campurkan gula dan tepung, gaul sebati
4. Masukan minyak sapi..gaul hingga adunan sebati dan bole dibentuk bulat-bulat.
5. Masak dengan suhu 150'c selama 10minit.
6. Setelah masak taburkan gula aising keatas biskut tadi.

Biskut Sarang Semut

 

Biskut Sarang Semut- Resipi Hanieliza

Bahan-bahan ( 80 )
  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul kembang butter dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak anggaran 15 minit) 
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Friday, August 2, 2013

Tat Gulung Strawbery

 

Ni resepi tart nenas gebu- Sunkist myresepi

Bahan-bahan ( 150 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla- tukar esen strawbery dan letak pewarna merah
  • 1 sudu besar gula 
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:- beli jem strawbery yang dah siap paket
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven. 
  6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Photo2326
    Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  11. 1
    Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  13. Kacau tanpa henti hingga likat.
  14. 3
    Angkat dan sejukkan.

First time buat tart ni...adunan tepung tu kena gulung ngam-ngam jem baru sedap..

UNIQLO WOMEN CROPPED LEGGINGS PANTS



Semalam gi sogo...ramainya orang bershopping... beli kasut anak dan ingat nak beli kasut lola sekali macam tahun lepas.. pas beli kasut anak turun bawah guna escalator nak gi beli kasut lola.... sekali ternampak lak kedai Uniqlo, ada pulak dekat sogo ni ye.. maklum la setahun sekali baru dapat pegi sogo sebab hubby memang tak suka shopping sini... ni pun lola kasi alasan nak beli kasut macam tahun lepas.. lola memang dah lama teringin nak pakai seluar color-color ni bole tengok sini brand Uniqlo ni memang selesa sangat pakai tau sebab dah penah beli tshirt brand ni... kain dia lembut dan sejuk je pakai..bila waktu panas... bila time hujan perasan baju dia macam bagi badan kita tak sejuk gitu... hubby pun tau hasrat lola nak pakai seluar color dan brand ni....jadi dia pun suruh try... ternyata ngam....rembat color biru dan hitam...hubby suruh ambik color gold...tapi takut nak pakai color tu lagi pun dua cukup la..sebab dalam kepala ni nak beli kasut je..ntah macam mana ternampak topi yang lola nak sangat-sangat pulak kat Uniqlo ni... terpaksa la cancel beli kasut sebab dah jumpa topi idaman kalbu...hari tu ada pinjam yang father in law punya...takkan nak balik kampung masa nak raya nanti nak memimjam lagi kan..mmm... tak pe la kasut tahun lepas pun elok lagi dan sesuai dengan tema tahun ni color hitam...jadi tak kisah la pasal kasut lagipun dah dapat benda lain yang lama dihajati...alhamdulliah syukur sangat....terima kasih hubbyku tersayang... :)



topi putih ni father in law punya... lola suka topi cam gini... ada lak kat uniqlo color pink tinggal 1 je lagi harus ku rembat

Thursday, August 1, 2013

Biskut samperit

Biskut samperit
Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
Sumber :Rabia Azhar
by:quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1 buku buttercup  -guna planta 125gm dan butter 125gm 
1 cawan gula halus boleh juga gula aising
1 bji telur kuning,
1 sudu teh esen vanila.

1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad,*
2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*)

ceri utk hiasan
sedikit pewarna hijau dan merah


Cara2

1. mula2 pukul gula dan planta hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi planta...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna hijau dan satu pewarna merah. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..saya guna non-stick nya dulang..so tak yah sapu planta kat dulang tu...tapi kalau guna dulang biasa..sapu rata planta atas dulang.
4. paip doh guna acu samperit....yg bhgn bawah tu saya guna acu samperit....yg atas tu guna nozle tuk buat icing so saiz dia kecik skit la yg kat atas tu....ikutla nak letak warna mana yg kat atas dan mana yg bawah....nak buat sebelah merah sebelah hijau cam rabia buat pun cantik jugak.
5. dah siap paip penuh dulang....letakkan ceri kat atas dia....kemudian bakar...biar oven tu panas 20m dulu then baru leh bakar....saya bakar lebih kurang 15-20 minit....biskut ni sedap kalau bahagian bawah dia tak hangus sgt...pandai2 la adjust ikut oven masing..:)


resepi ni ok juga leh tahan....pasni nak buat lagi biskut semperit guna resepi kat bawah ni pulak:


SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 
Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan.
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

Chocolate Chip Cookies

Chocolate Chip Cookies - Nadia myresepi
Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit 

dapatla dua bekas ni..

Biskut ni memang sedap... hubby pun suka...sesiapa yang suka biskut chip coklat wajib cuba resepi ni.

Friday, July 26, 2013

Kuih Raya 2013

Assalamualaikum.... selamat berpuasa....
tahun ni korang nak buat kuih apa? beli ke buat? setengah orang suka beli je kan senang..ada orang suka buat...macam lola memang suka buat kuih sendiri...sebab sejak kecil rajin tolong mak buat kuih raya..pastu melekat sampai sekarang rajinnya hihihi...buat kuih raya dan kek ni best sangat, dah jadi hobi pulak...bila ada masa lapang memang rajin je nak buat pastu jamu orang makan sampai ada orang nak tempah lak... tu yang jadi bisnes cupcake..bole tengok ---) sweet11cupcake

Untuk raya kali ni lola nak buat kuih :
1- Biskut Arab - ni mak yang order -> done resepi di sini
2- Biskut Semperit/Dahlia - memang feveret sefamily -> done resepi kat sini
3- Biskut Tat Nenas - mak order -> xperlu buat sbb mak minta akak sulung ku belikan...
4- Biskut Tat Strawbery - azril anakku nak makan -> done resepi kat sini
5- Biskut Almond London - tak pasti lagi -> yg ni pun akak sulung yg tolong belikan.... terima kasih kak inah :) jimat masa leh ganti buat biskut lain...
6- Biskut Chipcoklat - ni lola nak makan -> done leh tgk resepi kat sini
7- Biskut Sarang Semut - ni pun lola nak makan -> resepi di sini

hari jumaat 2hb ogos lola buat biskut arab masa lepas sahur... pastu sambung buat biskut tart strawberi kali kedua sebab jem dia ada lagi....dan semperit hijau.. malam pulak lepas isyak buat biskut sarang semut... fuh cayala.....dalam sehari leh buat 4jenis kuih...tak rasa penat pulak tu... setel dah list kuih yang lola nak buat..

Wednesday, June 26, 2013

Bedak Arab Roshelle dan Cherry Pink

Hai semua... lama lola tak update blog...sibuk dengan family dan tempahan cupcake..dan bulan ni juga adalah bulan kelahiran lola, anak kedua lola, azrul dan myhubby...

Sekarang nak cerita pasal bedak arab lagi, sebelum ni penah cerita kat sini..pasal beli bedak arab color puggy pink. Color tu agak gelap dan kemerah-merahan bila lola pakai..tapi sapuannya best buat kulit nampak gebu...tu yang rasa nak beli color lain pulak, kebetulan ayah dan abang lola nak buat umrah...apalagi minta tolong la abang belikan bedak arab ni.. siapa pesan minta suruh belikan semua color yang ada... tapi kalau mahal beli color roshelle dan cherry pink je la.. Aduh yang abangku faham beli color roshelle dan cherry pink..so dua color ni je la yang dia beli dan bagi free/hadiah untuk ku.... Alhamdullilah.
Apa-apa pun terima kasih la kat ayahku, abangku dan kakak ipar..susah-susah je derang tolong belikan, dekat negara arab pulak tu kan bukan senang..

Kebetulan lagi, akak sulung ku balik kampung..dia la tolong bawa kan buah tangan dari Mekah dan bedak arab ni dari penang ke kl....terima kasih ye kak enah...sebagai tanda terima kasih, lola bagi cupcake pada kak enah...sedap tak cupcake yang lola buat tu..hehehe.. ni nak masuk bulan puasa ni kalau kat ofis kak enah nak bagi gift ramadhan bole la bagi gift cupcake pulak....mai..mai..order... :) lola bole buatkan cantik-cantik..

color roshelle dan cherry pink ni sama je putihnya..bila tengok sendiri depan mata ni.. takde beza pun....puas lola belek apa beza dua-dua color ni...


compare cherry pink/roshelle dengan puggy pink... memang gelap sangat color puggy pink ni..

rasa macam nak beli color russet pulak...hahaha...tamak sungguh kan... tapi ni dua ketul bedak pun bila tahun nak habis pun tak tau... puggy pink pun masih banyak lagi ni... nasib la abangku tak beli semua color...
cukup la rasanya tiga bedak arab buat masa ni... sekarang lola pakai cherry pink je dulu, sebab color ni la yang mula-mula lola nak order tapi tak de stok masa buat spree kat satu forum tu.. Pakai bedak cherry pink ni memang putih..sapu sikit je pun dah nampak bedak kat muka...berbeza dangan puggy pink kena sapu banyak kali baru nampak kat muka.. pastu muka jadi merah...tapi best.. bedak baru dapat ni (cherry pink) bau dia kuat...bila pakai je anak dah tegur bau apa ni mama... maybe sebab bedak ni memang baru sangat kot sebab beli di tanah arabkan.. masa snap gambar ni pun anak tegur lagi pasal bau. Yang puggy pink pun bau wangi juga..tapi tak sekuat yang baru dapat ni... bau semerbak wangi...untuk color roshelle, sama je dengan cherry pink color cerah dan dua-dua color ni sesuai dengan lola...best sangat pakai bedak ni nampak kulit gebu. korang bole cuba ye....

berminat bole beli kat sini



Saturday, May 18, 2013

Sos Black Pepper Mushroom

Hari ni nak kongsi resepi sos black pepper mushroom yang tersedap penah lola masak dan makan..resepi sos ni la yang lola buat bersama ayam panggang.

SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahan

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan fresh milk
segenggam black peper yang ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 sudu besar kicap
garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

Cara2

- cairkan butter dalam kuali
- bila butter cair, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- bila dah berbuih2 masukkan fresh milk,black pepper, mushroom & kiub pati ayam.
- kacau sehingga agak pekat.
- masukkan kicap dan perisakan dengan garam
- matikan api selepas menggelegak
- kalau nak cair cikit bole la tambah air.

senang dan sedap... cuba la..

Wednesday, May 8, 2013

Mekar Semilu

Hari ni genap la sebulan lola pakai produk kecantikan wajah dari mekar semilu, jadinya nak berkongsi la  berkesan atau tak pakai produk ni. Lola beli set untuk kulit kombinasi, resdung dan jerawat pasir.

Alhamdullilah seminggu pakai mekar semilu ni dah nampak kesan nya..hubby tegur kata muka nampak sexy.. tak percaya apa yang hubby kata..cukup dua minggu guna mekar semilu tanya hubby balik ada nampak apa-apa perubahan tak kat muka ni.. hubby kata " muka ayang nampak sexy dan putih berseri" jadi lola pun tunjuk la produk yang lola guna ni pada hubby.


terdiri daripada sabun propolis, toner zam-zam dan pearl krim. tiga benda ni je yang lola guna..

Cara nak guna pulak.. basuh muka dua kali sehari dengan sabun propolis -> waktu bangun dan waktu nak tido. setiap kali lepas pakai sabun propolis, lap kan muka dan spray toner zam-zam kewajah..dap-dap dengan jari supaya serata seluruh wajah dan leher. sebelum tido sapukan krim mutiara ni..dah siap.. tunggu hasilnya dalam dua minggu..

 Alhamdullilah produk ni serasi dengan lola..harap berterusan.. so kepada sesipa yang masih tercari-cari produk kecantikan wajah bole cuba mekar semilu ni okey.. semoga kita semua dapat wajah yang cantik, putih dan berseri.

Friday, May 3, 2013

Udang/Sotong/Bayam Goreng Tepung


Semalam buat sotong goreng tepung..tapi lupa lak nak snap gambar...hari ni buat udang dan bayam pulak goreng tepung.. sedap dicicah dengan sos thai atau sos keropok lekor yang dalam botol tu.


Resepinya:

3 sudu besar tepung ayam kfc
3 sudu besar tepung jagung
sebiji telur
serbuk lada putih

caranya pulak : 

Masukan tepung dalam satu bekas..gaulkan dan masukan lada putih sedikit..
kalau nak masak sotong, celur sekejap sotong tersebut...kalau nak masak udang atau bayam cuma basuh bersih-bersih dan udang tu buang kepala dan ekor yang tajam tu je. Kemudian sejat air..bila agak kering tu masukkan dalam satu bekas...pecahkan telur dalam tu..gaul dengan sotong dan udang.
kemudian masukan dalam bekas tepung tadi gaul supaya rata udang dan sotong lalu gorengkan dalam minyak panas. Bila dah garing bole lah angkat..
Untuk masak bayam pastikan bayam tu kembang..celup dalam lebihan telur tadi dan kemudian tekap dalam tepung lalu bole digoreng. bayam tu kena goreng kembang baru rasa rangup.


Wednesday, May 1, 2013

Bedak Arab - Kokuryu Super Summer Cake

Bedak yang tengah popular sekarang ni...ramai yang pakai bedak ni dan bagi komen positif.. so lola pun terjebak jugak untuk mencuba.. beli online je, dapat bedak ni, terus pakai keluar gi Jusco. Lola beli warna puggy pink..masa beli tu dah berkira-kira nak beli warna rosehelle atau cherry pink.. warna yang paling putih cherry pink tapi seller tak de stok pulak.. sebabkan nak dapat effect pinkish tu yang ambik jugak puggy pink.. masa tengah bersiap tu tunjuk kat husband sambil cakap "ni la bedak yang orang arab pakai buat muka derang gebu tu"... pastu dah pakai tanya hubby lagi.. "gebu tak? cantik tak?" hubby cakap "cantik..gebu..ayang pakai apa pun cantik" :) hehehe tersenyum la apa lagi..

Masa mula-mula sapu span kat bedak tu..macam tak lekat je bedak tu..kena tekan ckit baru lekat pada span..mungkin span tu kena basah lagi ckit kot..jangan kering sangat..pastu sapu keseluruh muka dah perasan muka cam merah dan gelap je.. tapi masa sapu tu rasa best tau best sangat efek dia...memang muka gebu.. tanya hubby dia pun cakap okey..so keluar la dengan confidentnya.. masa nak balik dari jusco snap gambar kat toilet dulu dan hasilnya warnanya tetap gelap di muka ku...macam warna pink lebam gitu..baca review katanya kalau pakai lama-lama bedak ni akan ikut warna darah..katanya...tapi gitu je...

sedih la sebab warna tu tak sesuai dengan lola tapi pakai bedak arab ni memang best...lola buat pakai kat rumah je la warna puggy pink ni..untuk keluar nanti lola nak beli warna cherry atau cherry pink pulak.. jadi siapa-siapa nak muka gebu bole cuba bedak ni..memang tak rugi..tapi pastikan warnanyer betul dengan kulit kita baru best..

Petikkan dari seller :  
Bedak Arab Istimewa : 
3 dalam 1…..antara kelebihannya :

1) 3 in 1 make powder, moisturizers, foundation. (xperlu pakai apa2 krim lg cukup dgn bedak ni aje.)


2) kulit akan kelihatan kemas sepanjang hari….makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yg sgt cantik….  
 
3) x melekat pd tudung atau tisu jika berpeluh, kena hujan, basah atau terkena air, sbb dia natural terus meresap ke kulit.


4) lebih tahan lama n jimat dr bedak biasa

5) tahan selama 8 jam

6) produk halal n boleh di bawa solat…
 
boleh mengecutkan jerawat di muka

 
Cubalah dan rasailah keberkesanannya…..anda pasti suka =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...