Friday, March 8, 2013

Kelebihan Apple Cider Vineger

Kelebihan cuka epal ni :-

1) Menurunkan berat badan
2) Penjagaan rambut
3) Penjagaan haiwan peliharaan
4) Bahan masakan
5) Kesihatan – menyembuh penyakit gout, alergi, jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi,
     keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi) dan
     menurunkan tekanan darah tinggi.
6) Pembersihan rumah – bersih lantai, tingkap dll.


Hati-hati – Tidak semua cuka apal yang dijual cara pembuatannya natural
Banyak cuka epal yang di komersialkan telah dipasteurkan, disuling untuk menjadikannya produk yang bagus. Malangnya, penambahan pemprosesan cuka epal ini boleh memusnahkan kebaikan yang ada.
Jadi secara alternativnya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.

kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik. Kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komersial biasanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.
Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya. (sumber-http://deardiary.azhira.com/?p=118)

Saya baru amalkan 4hari minum cuka epal ni bersama secawan air kosong ....hari ni baru dapat minum cuka epal ni dengan air kosong bersama madu..sebab semalam baru beli madu...emmm sedapnyer.. sebab ada rasa manis madu..kalau tak masamnyer... nak diet punya pasal..kena tahan bau dan rasanya kan kan.. tapi sekarang dah bole minum dengan senyum semanis madu...wahh..gitu.. :)

ada tulis cara nak ambil cuka ni

 saya ikut cara makan seperti tertulis dibotolnyer.. selama 4hari ambil ni rasa badan bertenaga ckit... bab lawas tu belum lagi..tunggu lagi sebulan atau habis sebotol saya buat review semula..

2 comments:

  1. Assalam...i pun dah cuba cuka epal ni jenama Bragg...dah masuk botol yg ke 3...kongsi dgn hubby...kebas2 kaki tgn masa bgun tidur dah x ada lg...kulit plak mcm lembab gitu...pening2 pun dah x ada...mmg best la..cuma penurunan berat badan tu x nmpk lg...rambut pun x gugur dah...ttg hubby plak...he..he...malu nk komen...tp untuk kebaikn apa salahnya...en.hubby kata..sejak mengambil apple cider ni...tenaga bertambah & kemahuannya untuk s*x* pun bertambah...sblm ni kureng sikit....sekadar perkongsian...

    ReplyDelete
  2. Salam,boleh try 'Pati Herba Madu'mengandungi cuka apel,madu,air lemon untuk kurangkan berat badan,sihat jantung dan buang kolestrol jahat.hubungi sya tel Puan Fyda tel 0194452572.penghantaran seluruh Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...