Kelebihan cuka epal ni :-
1) Menurunkan berat badan
2) Penjagaan rambut
3) Penjagaan haiwan peliharaan
4) Bahan masakan
5) Kesihatan – menyembuh penyakit gout, alergi, jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi,
keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi) dan
menurunkan tekanan darah tinggi.
6) Pembersihan rumah – bersih lantai, tingkap dll.
Hati-hati – Tidak semua cuka apal yang dijual cara pembuatannya natural
Banyak cuka epal yang di komersialkan telah dipasteurkan, disuling untuk
menjadikannya produk yang bagus. Malangnya, penambahan pemprosesan cuka
epal ini boleh memusnahkan kebaikan yang ada.
Jadi secara alternativnya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang
daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di
dalam botol.
kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG”
kerana diproses secara organik. Kalau jenama yang lain (seperti jenama
“HEINZ”) walaupun harganya murah dibimbangi cara pembuatan tidak natural
sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komersial
biasanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.
Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini
sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat
darinya. (sumber-http://deardiary.azhira.com/?p=118)
Saya baru amalkan 4hari minum cuka epal ni bersama secawan air kosong ....hari ni baru dapat minum cuka epal
ni dengan air kosong bersama madu..sebab semalam baru beli madu...emmm sedapnyer.. sebab ada rasa manis madu..kalau tak
masamnyer... nak diet punya pasal..kena tahan bau dan rasanya kan kan.. tapi sekarang dah bole minum dengan senyum semanis madu...wahh..gitu.. :)
|
ada tulis cara nak ambil cuka ni |
saya ikut cara makan seperti tertulis dibotolnyer.. selama 4hari ambil ni rasa badan bertenaga ckit... bab lawas tu belum lagi..tunggu lagi sebulan atau habis sebotol saya buat review semula..