KEK PISANG MUDAH
resepi : kak an @ periuk tanah
Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6.
Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau
kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek
dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
***
Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l)
api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.
No comments:
Post a Comment