Friday, August 30, 2013

Diet tak makan nasi ke atau Diet Atkins?

Salam semua..selamat HARI MERDEKA YANG KE 56...

Lepas raya ni ramai yang sibuk nak diet kan..kan.kan... sama la lola pun..
Nak cerita la sikit pengalaman lola berdiet..hehehe

sebelum kawen maintain kurus....dah kawen anak sorang masih kurus...anak dah dua...badan mula la naik sebab...sebab..masa pantang tak jaga bebetul...maklum la pantang sendiri dengan jaga anak pertama lagi... mula-mula tak perasan sangat badan naik sebab hubby pun tak tegur..tapi bila tengok gambar yang ambik masa bawa anak gi taman burung (thn lepas 2012) tu badan dah bambam adeh....terus hubby tegur....so apa lagi nak berdiet time tu tapi tak de ilmu...teringat kakak ku yang diet tak makan nasi bole sarung baju kurung moden anak dia yang dah abis spm... siap share baju raya lagi tu... so bulan april tahun lepas aku mula diet tak makan nasi dan hanya makan lauk sahaja...disamping ambik nh cleanse... memang turun tau berat badan..seluar lama ada yang bole pakai balik....pastu hubby cakap pas raya nak tambah baby pulak... so masa bulan puasa tahun lepas pulun makan balik sahur dan berbuka makan nasi je... masa raya memang dah bambam balik...pastu hubby cakap tahun depan la nak tambah anak...aduh....nak kena diet balik la ni... tunggu masa yang sesuai untuk diet tak makan nasi...iaitu pada 25hb Dis 2012. berat masa tu 62kg...sampai la sebelum puasa hari tu bulan Julai 2013 berat jadi 54kg.

Bulan puasa sahur kena la makan nasi...so dah tak diet...dengan berbuka makan kuih-kuih manis..pastu raya pulak makan nasi tomato..laksa..kuih muih dan kek lagi...hancur diet..

Sekarang dah belajar tentang diet Atkins jadi nak cuba la...sebab masa bulan april tahun lepas memang buat sebiji macam diet atkins patut la berat turun cepat..

Berat 54.8kg timbang masa raya kedua
Hari ni 29hb Ogos 2013 lola Start Diet Atkins ni..
Siang makan ikan kembung kecil 3 setengah ekor
Malam makan tomyam campur
Air masak

Semoga lola berjaya capai target berat masa anak dara ....aminnnn....

Monday, August 26, 2013

Biskut Mama Carries

Salam semua,
Dah raya ke berapa hari ni...azril ni sejak bulan puasa suka tengok upin ipin dengan azrul..sekali dia tengok upin-ipin raya ada biskut bentuk star apa lagi...dia minta la mama dia ni buat biskut star... mama dia pun cari la biskut apa yang sesuai untuk buat biskut star...tertarik la nak buat biskut oat sebab guna minyak sapi mesti sedap lagipun minyak sapi masih ada lagi.. tapi oat tak ada... terjumpa lak resepi biskut cendawan tapi acuan bentuk cendawan tak ada dan anak nak biskut star tu yang teringat biskut mama carries ni..lebih kurang je macam biskut cendawan..jadi buat biskut bentuk star guna resepi Lilydvalley@myresipi



Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang. 
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco. 

Ais Krim Walls

Sapa suka makan ais krim..angkat tangan.......
lepas raya ni memang hancur diet.. ingat masa raya je melantak...pastu pas raya nak diet balik....tak jadi pulak.. :(  kena terus ganti puasa ni...baru leh diet balik...

tgk ni borong sakan ais krim walls..dan ais krim perisa yam untuk hubby dan azril.... yang mocha tu pun untuk hubby dan azrul pulak.. lagi dua tu lola punya ...hehehe...
 sekejap je dah habis makan..... adeh....

Wednesday, August 21, 2013

Ketam Masak Sambal

Hi semua... lola sebenarnya belum penah masak ketam sejak dah kawin sebab hubby pun tak penah belikan... ni pun ketam kawan baik dia bagi yang fresh punya dari laut...mula-mula nak buat masak lemak kuning...tapi hubby nak masak sambal....jadi dapatla resepi tu kat blog secretgarden tapi lola ejas cikit ikut cita rasa lola...

Ketam Masak Sambal
6 ekor ketam (cuci bersih-bersih)
10-15 biji cili kering (dipotong dan direbus) kalau suka pedas bole letak lebih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa

cara nak masak:
1) Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan satu 1/2 cawan air..hingga hancur dan halus.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan cili tadi..hingga naik minyak..masukkan gula.kacau sebentar.a
3) Masukkan ketam dan satu 1/2 cawan air lagi dan garam..kacau-kacau.
4) Masak hingga kuah agak kering dah siap..

masih dalam kuali lagi

Saturday, August 17, 2013

Dedorant Amway

Assalammualaikum...
Selamat Hari Raya... macam mana raya korang tahun ni..best...dapat kutip duit raya...anak....hehehe...
lola ok je...dapat raya kat kampung rasa best sangat...dapat bersama dengan makayah dan adik beradik...dapat beraya dan lepas rindu sekali..terima kasih kat myhubby..sejak kawin sampai sekarang memang beraya kat kampung lola dulu di Penang. Ye la kan dah memang duduk kat kl kalau raya kat kl jugak tak terasa la raya sangat...lagi pun anak-anak kecil lagi lum sekolah..tahun depan yang sulung dah mula sekolah mesti berbeza nanti..

Sekarang nak cerita pasal dedorant amway...sebab dapat info hasil googel jugak...untuk menghilangkan kesan kuning pada ketiak baju...dedorant amway satu-satunya yang berkesan untuk tidak mengkuningkan bahagian itu..jadi lola beli dan terus jadi ahli/agent amway. Hubby pakai baju keja warna putih, jadi kat kawasan tu memang kuning sebab kena dedorant yang selalu dia pakai...nak kena sental takde masalah...yang jadi masalah bila kesan kuning tak nak tanggal kena la beli baju baru...dah berapa banyak helai baju dah tak le pakai....jalan penyelesaiannya guna la dedorant dari amway ni...jimat masa memberus baju dan jimat wang beli baju baru... kepada sesiapa berminat nak beli dedorant atau barang dari amway bole sms lola ye di no 012-6309326.

Dedorant
Lecithin-E
Protein
Set Bersalin Amway
Pressure Cooker NOXXA Amway yang famous..ramai orang miliki
Pencuci Pinggan Mangkuk
Pencuci Kereta
Vitamin untuk kanak-kanak

Sunday, August 4, 2013

Sunglasses Raya

Hubbyku memang suka sangat pakai spek mata hitam, tetiap tahun dia beli baru...tahun ni dia nak beli brand levis dah survey harga pun...pastu hubby tanya lola nak tak satu..lola rasa macam nak tak nak je sebabkan kita ni dah makeup mata cantik-cantik dengan eyelinernye, eyeshadow, mascara lagi, siap lentikkan bagai kang pakai spek mata hitam, tak nampak pulak semua yang kita warna warnikan mata kita tu. Bila hubby dah gaji, gi la beli.... ada diskaun pulak tu alhamdullilah.. hubby tanya lagi nak tak...lola dah rambang mata tak tau pilih...mula tu pilih rayban tapi hubby suka lola pakai frame yg besar.. try punya try akhirnya lola dan hubby berkenan dengan Sunglasses Esprit warna hitam kehijauan...

dalam gambar tak nampak lak tone kehijauan belah bawah spek ni

didatangkan dengan bekas leather
 pegi sogo hari tu bergaya sakan dengan spek ni dalam sogo..ramai lak orang duk tengok lola..ingat artis ke..hehehe perasan jap...memang comfy macam tak pakai spek tau..tu yang belasah je pakai dalam pasaraya...nampak bergaya la hari raya ni...thanks hubby...:)

   
ni hubby punya

ala matrix gitu...

Saturday, August 3, 2013

Biskut Arab



Biskut Arab

Bahan-bahan:
Tepung Gandum 1kg
Minyak Sapi 400-450gram
Gula Aising 2cawan
sedikit gula

caranya:
1. Tepung digoreng/dipanaskan terlebih dahulu tanpa minyak..
2. Ayak tepung supaya tak berketul
3. Campurkan gula dan tepung, gaul sebati
4. Masukan minyak sapi..gaul hingga adunan sebati dan bole dibentuk bulat-bulat.
5. Masak dengan suhu 150'c selama 10minit.
6. Setelah masak taburkan gula aising keatas biskut tadi.

Biskut Sarang Semut

 

Biskut Sarang Semut- Resipi Hanieliza

Bahan-bahan ( 80 )
  • 250g butter
  • 100g gula halus
  • 350g tepung gandum (diayak)
  • 100g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla
  • Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul kembang butter dan gula
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak anggaran 15 minit) 
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Friday, August 2, 2013

Tat Gulung Strawbery

 

Ni resepi tart nenas gebu- Sunkist myresepi

Bahan-bahan ( 150 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla- tukar esen strawbery dan letak pewarna merah
  • 1 sudu besar gula 
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:- beli jem strawbery yang dah siap paket
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven. 
  6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Photo2326
    Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  11. 1
    Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  13. Kacau tanpa henti hingga likat.
  14. 3
    Angkat dan sejukkan.

First time buat tart ni...adunan tepung tu kena gulung ngam-ngam jem baru sedap..

UNIQLO WOMEN CROPPED LEGGINGS PANTS



Semalam gi sogo...ramainya orang bershopping... beli kasut anak dan ingat nak beli kasut lola sekali macam tahun lepas.. pas beli kasut anak turun bawah guna escalator nak gi beli kasut lola.... sekali ternampak lak kedai Uniqlo, ada pulak dekat sogo ni ye.. maklum la setahun sekali baru dapat pegi sogo sebab hubby memang tak suka shopping sini... ni pun lola kasi alasan nak beli kasut macam tahun lepas.. lola memang dah lama teringin nak pakai seluar color-color ni bole tengok sini brand Uniqlo ni memang selesa sangat pakai tau sebab dah penah beli tshirt brand ni... kain dia lembut dan sejuk je pakai..bila waktu panas... bila time hujan perasan baju dia macam bagi badan kita tak sejuk gitu... hubby pun tau hasrat lola nak pakai seluar color dan brand ni....jadi dia pun suruh try... ternyata ngam....rembat color biru dan hitam...hubby suruh ambik color gold...tapi takut nak pakai color tu lagi pun dua cukup la..sebab dalam kepala ni nak beli kasut je..ntah macam mana ternampak topi yang lola nak sangat-sangat pulak kat Uniqlo ni... terpaksa la cancel beli kasut sebab dah jumpa topi idaman kalbu...hari tu ada pinjam yang father in law punya...takkan nak balik kampung masa nak raya nanti nak memimjam lagi kan..mmm... tak pe la kasut tahun lepas pun elok lagi dan sesuai dengan tema tahun ni color hitam...jadi tak kisah la pasal kasut lagipun dah dapat benda lain yang lama dihajati...alhamdulliah syukur sangat....terima kasih hubbyku tersayang... :)



topi putih ni father in law punya... lola suka topi cam gini... ada lak kat uniqlo color pink tinggal 1 je lagi harus ku rembat

Thursday, August 1, 2013

Biskut samperit

Biskut samperit
Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah
Sumber :Rabia Azhar
by:quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

1 buku buttercup  -guna planta 125gm dan butter 125gm 
1 cawan gula halus boleh juga gula aising
1 bji telur kuning,
1 sudu teh esen vanila.

1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad,*
2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*)

ceri utk hiasan
sedikit pewarna hijau dan merah


Cara2

1. mula2 pukul gula dan planta hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....
2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi planta...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna hijau dan satu pewarna merah. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.
3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..saya guna non-stick nya dulang..so tak yah sapu planta kat dulang tu...tapi kalau guna dulang biasa..sapu rata planta atas dulang.
4. paip doh guna acu samperit....yg bhgn bawah tu saya guna acu samperit....yg atas tu guna nozle tuk buat icing so saiz dia kecik skit la yg kat atas tu....ikutla nak letak warna mana yg kat atas dan mana yg bawah....nak buat sebelah merah sebelah hijau cam rabia buat pun cantik jugak.
5. dah siap paip penuh dulang....letakkan ceri kat atas dia....kemudian bakar...biar oven tu panas 20m dulu then baru leh bakar....saya bakar lebih kurang 15-20 minit....biskut ni sedap kalau bahagian bawah dia tak hangus sgt...pandai2 la adjust ikut oven masing..:)


resepi ni ok juga leh tahan....pasni nak buat lagi biskut semperit guna resepi kat bawah ni pulak:


SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 
Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan.
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

Chocolate Chip Cookies

Chocolate Chip Cookies - Nadia myresepi
Bahan-bahan ( 100 biji )
  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit 

dapatla dua bekas ni..

Biskut ni memang sedap... hubby pun suka...sesiapa yang suka biskut chip coklat wajib cuba resepi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...