Ni eyedrop yg az guna jenama "Renu" sama brand dgn pencuci lens.. dan yang kat depan tu mcm ubat tu adalah remove protein digunakan untuk lens yg lebih dari sebulan.
Kalau pakai lens sebulan lebih dan mata rasa xselesa dengan lens tu tp lens belum expired (lens untuk pengunaan 3bulan atau lebih) so malam tu bila tanggal lens masukkan sebiji tablet dalam bekas simpan lens sebelah kiri dan sebiji lagi dekat belah kanan. jangan lupa berserta air pencuci sekali ye.
Esoknya insha'Allah lens tu bila pakai dah xde masalah. Oooo lupa pulak nak bagitau jenama untuk remove protein tu, az guna brand "Complete".
Friday, December 23, 2011
Friday, November 25, 2011
MEN'S PERFUME
1~CALVIN KLIEN CK ONE (100ml) |
2~POLO SPORT (125ml) |
3~GIORGIO ARMANI (100ml) |
4~HUGO BOSS (100ml) |
Perfume ni tahan lama sehingga 8jam. Cuba order baru tahu.
CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
PERFUME APA:
2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my
LADIES PERFUME
1~CHANEL CHANCE (100ml) |
2~NINA RICCI (80ml) |
3~MISS DIOR CHERIE (100ml) |
4~VERSACE (90ml) |
5~CHANEL No5 (100ml) |
6~KENZO (45ml) |
7~J'ADORE (100ml) |
8~LANVIN (100ml) |
Perfume ni tahan lama sehingga 8jam. Cuba order baru tahu.
CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
PERFUME APA:
2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my
Thursday, November 24, 2011
First Time Pakai Contact Lens
Bila dah beli lens tu, bagi yang baru pertama kali nak pakai lens ni, benda yang perlu ada/ beli adalah:
bila dah ada 3 barang ni baru la bole bergaya dengan contact lens.
Lens yang dah di beli |
Pencuci Lens (akak guna jenama Renu) |
bekas simpan lens |
bila dah ada 3 barang ni baru la bole bergaya dengan contact lens.
Strawberry Cheese Tart
percubaan buat cheese tart kali kedua guna resepi lain..
Bahan-bahan untuk tart:
170gm marjerin
50gm gula aising
1biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
bahan-bahan untuk filling
125gm cream cheese
75gm plain yogurt nestle
1/4 cawan susu pekat
1/8 cawan tepung jagung
strawberry jem - inti
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Wrapkan doh dalam plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
- Kemudian ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC selama 10minit.
- Untuk filling, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, pukul dgn mixer hingga sebati.
- Kemudian masukan tepung jagung pukul lagi..siap.
- Rehatkan adunan selama 30 minit-1jam.
- Letakan jem strawberry kedalam tart/shell
- kemudian pipekan filling
- Masak tart selama 8-10minit.
Monday, November 21, 2011
Cheese Tart
Sebenarnya dah lama teringin nak makan. baru semalam sempat nak buat. xde la susah sangat.. sedapnyer dapat makan cheese tart ni.. nanti nak cuba buat lg.. resepi ni versi cream cheese dia kental. nak cuba yg jenis creamnyer lembut pulak
Friday, November 18, 2011
Tiramisu
Rasa nak buat Tiramisu ni gara-gara tengok Masterchef Malaysia la ni.. Chef Riz minta perserta buat.. I pun jadi teringin nak makan tau.
Bahan-bahannya:
- 1 biji kek xkisah kek apa - zila letak kek coklat
- 200ml whipping cream- zila letak non dairy cream
- 250gm cheese cream
- 150ml yogurt nestle perisa asli
- 1/2 cwn gula halus
- 3 sudu nescafe- zila letak serbuk koko
- 1 cwn air panas
- serbuk koko
Cara-cara
- putarkan whipping cream bersama krim keju dan gula halus sehingga lembut.
- masukkan yogurt pukul hingga sebati.
- bancuhkan serbuk koko dan air panas.
- potong kek mengikut saiz bekas yang akan diisi
- rendam kek dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas.
- sapu krim yang telah diputar tadi ke atas kek. susun lagi berselang seli.
- simpan dalam peti ais semalaman
- sebelum dihidang, tabur serbuk koko atas tiramisu.
Tuesday, November 15, 2011
Kek Birthday Azril 11.11.11
cheese cake |
Blueberry cheese cake |
Thursday, November 10, 2011
Kek Keju Kukus
bahan-bahannya:
3biji telur (asingkan putih dan kuning)
100g gula halus di blender
50g tepung
250g cream cheese
125ml whipping cream atau non dairy whipping cream
essen vanilla / jus sunquick
cara-caranya:
1-Pukul putih telur dengan separuh gula hingga kental
2-Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula separuh lagi hingga sebati.
masukkan pulak telur kuning, whipping cream, tepung dan essen vanilla.
3-Tuang adunan putih telur tadi, kaup balik hingga rata.
4-Tuang dalam loyang dan kukus selama 40-45minit
3biji telur (asingkan putih dan kuning)
100g gula halus di blender
50g tepung
250g cream cheese
125ml whipping cream atau non dairy whipping cream
essen vanilla / jus sunquick
cara-caranya:
1-Pukul putih telur dengan separuh gula hingga kental
2-Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula separuh lagi hingga sebati.
masukkan pulak telur kuning, whipping cream, tepung dan essen vanilla.
3-Tuang adunan putih telur tadi, kaup balik hingga rata.
4-Tuang dalam loyang dan kukus selama 40-45minit
Wednesday, November 9, 2011
BLINCON
Blincon
Contact lens ni bole di pakai sampai 3 bulan dan lebih hingga 6bulan kalau anda seorg yg menjaga kebersihan lens.
CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
POWER:
BRAND(FRESHKON & COLOURVEU & BLINCON):
COLOR:
2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my atau sms only to 012-6309326
Tuesday, November 8, 2011
Kek Coklat Kukus Mudah
Bahan-bahannya:
2 biji Telur gred A
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis - (kalau nak letak topping =1/2cwn susu + air masak bg cukup sukatan 1cwn)
1 cawan air panas
cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas kecuali air panas, gaul sebati pakai senduk je... kemudian masukan air panas gaul sebati lg.. kemudian tuang dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas.
Kukus selama 45minit.
Kek Malaysia ni dibuat atas permintaan Azril anak sulung yang memang fanatik dan patriotik dengan bendera terutamanya bendera Malaysia. Happy sangat dia bila dapat kek ni. Untuk birthdaynyer yg ke 3tahun ni pada 11.11.11 pun di mintanya Kek Malaysia.
2 biji Telur gred A
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis - (kalau nak letak topping =1/2cwn susu + air masak bg cukup sukatan 1cwn)
1 cawan air panas
cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas kecuali air panas, gaul sebati pakai senduk je... kemudian masukan air panas gaul sebati lg.. kemudian tuang dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas.
Kukus selama 45minit.
Kek Malaysia ni dibuat atas permintaan Azril anak sulung yang memang fanatik dan patriotik dengan bendera terutamanya bendera Malaysia. Happy sangat dia bila dapat kek ni. Untuk birthdaynyer yg ke 3tahun ni pada 11.11.11 pun di mintanya Kek Malaysia.
Kek Coklat Kukus Zaima
Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
Kesemua bahan di atas dicampurkan dan gaul hingga sebati kemudian dimasak hingga semua larut dan tutup api.
Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Diayak bersama tepung-tepung tersebut.
Bahan C:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete
1) Pukul bahan C sehingga benar-benar kembang.
2) Masukkan bahan A kedalam bahan C dan kacau sehingga sebati.
3) Kemudian, masukkan pula bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
4) Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.
Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 minyak masak
Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
Kesemua bahan di atas dicampurkan dan gaul hingga sebati kemudian dimasak hingga semua larut dan tutup api.
Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Diayak bersama tepung-tepung tersebut.
Bahan C:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete
1) Pukul bahan C sehingga benar-benar kembang.
2) Masukkan bahan A kedalam bahan C dan kacau sehingga sebati.
3) Kemudian, masukkan pula bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
4) Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.
Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 minyak masak
Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.
sebelum dimakeup masih dalam pengukus lagi tu.. |
sudah makeup ada comot sedikit disitu... |
Monday, October 24, 2011
Brownies Mudah
Bahan-bahan
- 115 g marjerin planta - di cairkan,sejukkan
- 1 cwn gula halus (195 g)
- 1 sk esen vanilla
- 2 biji telur
- 1/2 cwn tepung gandum (60 g)
- 1/3 cwn serbuk koko (25 g)
- 1/4 sk baking powder
Cara-cara
- Campurkan marjerin, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
- Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yg di alas dan di gris
- Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min.
Pizza Sedap
Bahan-bahan
- Bahan untuk doh :
- 2 cawan tepung gandum
- 125 ml air suam
- 1 paket yis segera(11 gm)
- 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1-2 sudu besar shortening
- Bahan untuk sos :
- Sedikit minyak
- 1/2 biji bawang besar (kuning) - di potong dadu
- 3 sudu besar Sos spaggeti Traditional
- Bahan untuk topping:
- 1/2 biji bawang besar (kuning) -di hiris biasa
- Parutan cheese mozarella dan cheddar (bole beli yg siap pek)
- 1 sudu kecil dried oregano
- 1/2 tin cendawan butang dipotong nipis.
- 2 keping nenas dalam tin,dipotong kecil
- 2 keping daging burger ramly perisa BBQ - di bakar dan di hancurkan
- 2 batang sosej keju ayamas - dipotong sederhana nipis
Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu.
- Masukkan sos spaggeti.dan sedikit garam. gaul rata biar mendidih dan bole la diangkat dan ketepikan
- Cara membuat doh :
- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
- Dalam mangkuk besar,gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung,tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh
- Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega atau minyak zaitun dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (uli anggaran 10-15 minit) .
- Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel dan biarkan 30 minit atau hingga naik sekali ganda.
- Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam pizza pan atau tudung periuk,gune jari untuk leperkan doh dan tekan sampai doh menutupi seluruh pemukaan pizza pan.Cucuk pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
- Sapukan dengan sos hingga menutupi seluruh permukaan doh
- Kemudian,letakkan daging ,cendawan,sosej dan nenas.Taburkan sedikit dried oregano
- Akhir skali,taburkan cheese dengan memenuhi keseluruhan pizza. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 10-15minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan
Belum dimasak
Dah masak... yummy-yummy..sedapnyer..
yang ni pizza sosej khas untuk anak-anak
Friday, October 21, 2011
Perut Kempis
Siapa yg xnak perut kempis.. semua org nak slim, perut
x buncit tp masalah ni selalu menyerang eh! iye ke menyerang? Selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang
telah melahirkan bayi. Akan tetapi orang bujang juga menghadapi masalah perut
buncit ni… sebab..aaa….sebab kuat melantak kot..hihihi betul kan?
Kepada ibu-ibu yang nak bersalin dan dalam pantang tolong
la..tolong la diri kamu, siapa lg nak tolong diri sendiri.. tolong la pakai
bekung sbb bila pakai bekung dalam
pantang insyallah lepas bersalin perut xbuncit.
Tips ini bole digunakan untuk orang
bujang jugak.. beli la bekung dan losyen atau gel untuk langsing bole disapu
sebelum pakai bekung..insyallah anda pasti sentiasa slim melim.
Monday, October 17, 2011
Pizza Mudah
Bahan-bahan doh:
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 paket yis mauripan / 1sudu teh yis
air ( campurkan sedikit garam)
Bahan-bahan topping:
Sos pizza
2 btg sosej di potong sederhana tebal.(rebus sekejap)
2 keping daging burger ramly perisa bbq (masak sekejap dan cincang)
2 keping nenas dalam tin
4 cendawan butang dlm tin
bawang hiris
mozarella dan chedar cheese
caranya:
1)Tepung, susu dan yis diasatukan didlm bekas, gaul biar sebati.
2)Masukan air sedikit demi sedikit hingga adunan bole diuli
3)Uli adunan hingga xmelekat dekat tgn..kalau meletak ckit pun xpe janji uli adunan dlm 10minit gitu.
4)Tutup bekas dan biarkan doh naik 2x kira-kira dalam 30minit.
5) Bila adunan dah naik uli sekali sambil menumbuk2 doh tersebut utk keluarkan angin.
6) kemudian boleh la leperkan doh dalam tray dan tunggu sebentar hingga adunan naik sekali lagi
7) cucuk doh dengan garpu supaya dia xnaik sangat bila dah masak nanti.
8) boleh la sapu sos pizza diatas nya (biasanya guna sos spagetti tp nak guna sos tomato campur sos cili pun bole)
9) taburkan atasnyer sosej, daging, nenas, bawang dan cendawan.. bole di bakar dulu dlm 10-15 minit kemudian tabur cheese..bakar lagi sampai cheese cair.
Thursday, October 13, 2011
COLOURVEU BIG EYES
Contact lens ni bole di pakai sampai 3 bulan dan lebih hingga 6bulan kalau anda seorg yg menjaga kebersihan lens.
CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
POWER:
BRAND(FRESHKON & COLOURVEU & BLINCON):
COLOR:
2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my
FRESHKON COLOR FUSIO
Freshkon (14.2mm)
Contact lens ni bole di pakai sampai 3 bulan kalau pandai jaga kebersihan, kalau x bole dipakai hanya sebulan atau lebih, xkurang dari 3bulan.
CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
POWER:
BRAND(FRESHKON & COLOURVEU & BLINCON):
COLOR:
2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my
Tuesday, September 20, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)