Monday, October 24, 2011

Pizza Sedap



Bahan-bahan

  • Bahan untuk doh :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 125 ml air suam
  • 1 paket yis segera(11 gm)
  • 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar shortening
  • Bahan untuk sos :
  • Sedikit minyak
  • 1/2 biji bawang besar (kuning) - di potong dadu
  • 3 sudu besar Sos spaggeti Traditional
  • Bahan untuk topping:
  • 1/2 biji bawang besar (kuning) -di hiris biasa
  • Parutan cheese mozarella dan cheddar (bole beli yg siap pek)
  • 1 sudu kecil dried oregano
  • 1/2 tin cendawan butang dipotong nipis.
  • 2 keping nenas dalam tin,dipotong kecil
  • 2 keping daging burger ramly perisa BBQ - di bakar dan di hancurkan
  • 2 batang sosej keju ayamas - dipotong sederhana nipis

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan sos spaggeti.dan sedikit garam. gaul rata biar mendidih dan bole la diangkat dan ketepikan
  3. Cara membuat doh :
  4. Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
  5. Dalam mangkuk besar,gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung,tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh
  6. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega atau minyak zaitun dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (uli anggaran 10-15 minit) .
  7. Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel dan biarkan 30 minit atau hingga naik sekali ganda.
  8. Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam pizza pan atau tudung periuk,gune jari untuk leperkan doh dan tekan sampai doh menutupi seluruh pemukaan pizza pan.Cucuk pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .
  9. Sapukan dengan sos hingga menutupi seluruh permukaan doh
  10. Kemudian,letakkan daging ,cendawan,sosej dan nenas.Taburkan sedikit dried oregano
  11. Akhir skali,taburkan cheese dengan memenuhi keseluruhan pizza. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 10-15minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan  

     Belum dimasak


Dah masak... yummy-yummy..sedapnyer..

yang ni pizza sosej khas untuk anak-anak

2 comments:

  1. hehe..nak buat pizza bulat punya pasal... pizza empat segi selalu buat dah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...