Thursday, April 25, 2013

Udang Brokoli masak sos tiram

 Hai..sihat ke.... hari minggu yang lepas mak mertua pergi sungai kelang, hubby pun pesan minta belikan sotong dan udang...jadinya dapat la udang/sotong yang fresh.. brokoli pun ada kat umah... sebab anak-anak memang suka sangat makan brokoli, rebus camtu je pun sedap kan..kali ni nak cuba resepi baru udang di masak sos tiram bersama brokoli.


Sumber : potretkasih
 
Resepi Brokoli Udang
1 pokok brokoli saiz kecil - lola tak kisah size..tapi guna satu pokok tu la
3-6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 ) - lola tak masukkan sebab tak de
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk ) - tak masukkan sebab anak-anak tak makan pedas
1/2  biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram - lola selalunya letak 2sudu je kalau lebih kang masin pulak
1 sudu makan sos cili - tak letak
1 sudu kecil sos ikan
( garam tak perlu bubuh sebab sos tiram, sos ikan dan sos cili dah masin… )
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.

 memang sedap sangat udang brokoli bersos tiram ni... korang patut cuba ye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...