Ayam Masak Kicap
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :
ayam - dipotong kecil2
kicap lemak manis
sos tiram - sukatan sos tiram nie suku dari sukatan kicap lemak manis yerk
sedikit serbuk lada sulah @ serbuk lada hitam
sedikit kiub ayam
sedikit garam - jika perlu
sedikit air panas - optional
Bahan tumis :
( semuanya dihiris2 nipis )
bawang besar - boleh letak sebiji @ lebih
bawang putih - seulas 2 jerk
sedikit halia
cili merah - sebiji @ lebih
Cara memasak :
Panaskan kuali, tumis bahan2 tumis hingga wangi.
Masukkan ayam yang dipotong kecil2 tadi dan kacau sebati.
Biarkan ayam tu selama 10 - 15 minit dengan api perlahan. Kacau2 sama yerk dalam tempoh tu...
Ayam tu akan
kelihatan kecut dan air ayam akan keluar....masukkan sos tiram, kicap
lemak manis, serbuk lada sulah @ lada hitam dan sedikit kiub ayam.
Kacau sebati dan biarkan dalam 5 minit.
Rasakan dan
boleh tambah garam jika suka dan sedikit air panas jika kuahnya sedikit,
bergantung pada anda sendiri, Mas memang tambah sedikit air untuk
dapatkan kuah lebih.
Biarkan dalam 10 minit dan boleh tutup api.
Ayam ni dimasak dengan api perlahan yerk dan lama sikit untuk dapatkan ayam yang lembut2 gitu...
Selamat Mencuba....
No comments:
Post a Comment