Sunday, February 24, 2013

Cucur Crab dan Cucur Kodok Pisang

Rasa nak makan cucur pisang/ cekodok bak kata orang penang tapi anak nak cucur crab pulak.. so buat dua-dua la kan...

ni resepi cekodok
sumber: ummi forum ratu hati

bahan-bahanya

2 biji pisang yang ranum
2 1/2  cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
1/3 cawan air ( ni agak-agak je, klu kurang boleh lebihkan)
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Lenyek pisang sehingga hancur, dan masukkan tepung gandum, gula, soda bikarbonat, garam dan air, air tu boleh masukkan sedikit demi sedikit, kita agak-agaklah, kepekatan adunan ni, macam nak buat cucur udang tu, tak boleh terlalu cair, nanti meresap minyak.

2. kacau adunan hingga sebati, jemputkan adunan dengan tangan, saiz ikutlah selara masin-masing, ros suke comel-comel, goreng deep frying, dan biarkan kuih bom ke-emasan, balik-balikkan kuih bom ini, supaya ia masak sekata, gunakan api sederhana.

3. Setelah agak perang angkat dan boleh dihidang panas-panas, pastikan pinggan di alas dulu dengan kitchen paper bagi meresap minyak yang berlebihan. Sedia untuk dihidangkan,
Selamat Mencuba.

Resepi Cucur Crab :

bahan-bahannya:
3 batang crab
1 biji bawang besar
2 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar cukup rasa
secubit garam
1 cawan air @ kurang

cara-caranya:
Gaulkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air.. tuang sedikit-sedikit air hingga menjadi adunan yang dapat digoreng macam cekodok tadi...kemudian boleh la goreng hingga keemasan..

p/s: saya memang tak letak sayur sebab anak saya suka makan camni je..kalau nak letak taugeh, kucai pun bole ye..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...