Friday, November 25, 2011

MEN'S PERFUME

1~CALVIN KLIEN CK ONE (100ml)
2~POLO SPORT (125ml)
3~GIORGIO ARMANI (100ml)
4~HUGO BOSS (100ml)

Perfume ni tahan lama sehingga 8jam. Cuba order baru tahu.

CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
PERFUME APA:

2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my

LADIES PERFUME

1~CHANEL CHANCE (100ml)

2~NINA RICCI (80ml)
3~MISS DIOR CHERIE (100ml)
4~VERSACE (90ml)
5~CHANEL No5 (100ml)
6~KENZO (45ml)
7~J'ADORE (100ml)
8~LANVIN (100ml)


Perfume ni tahan lama sehingga 8jam. Cuba order baru tahu.

CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
PERFUME APA:

2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my

Thursday, November 24, 2011

First Time Pakai Contact Lens

Bila dah beli lens tu, bagi yang baru pertama kali nak pakai lens ni, benda yang perlu ada/ beli adalah:

Lens yang dah di beli
Pencuci Lens (akak guna jenama Renu)

bekas simpan lens


















bila dah ada 3 barang ni baru la bole bergaya dengan contact lens.

Strawberry Cheese Tart




percubaan buat cheese tart kali kedua guna resepi lain..

Bahan-bahan untuk tart:
170gm marjerin
50gm gula aising
1biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

bahan-bahan untuk filling
125gm cream cheese
75gm plain yogurt nestle
1/4 cawan susu pekat
1/8 cawan tepung jagung
strawberry jem - inti

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Wrapkan doh dalam plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
  5. Kemudian ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170oC selama 10minit.
  7. Untuk filling, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, pukul dgn mixer hingga sebati.
  8. Kemudian masukan tepung jagung pukul lagi..siap.
  9. Rehatkan adunan selama 30 minit-1jam.
  10. Letakan jem strawberry kedalam tart/shell
  11. kemudian pipekan filling
  12. Masak tart selama 8-10minit.







Monday, November 21, 2011

Ayam Panggang




 dah 3kali buat ayam panggang ni..sedap sangat dan senang nak buat.

Cheese Tart



Sebenarnya dah lama teringin nak makan. baru semalam sempat nak buat. xde la susah sangat.. sedapnyer dapat makan cheese tart ni.. nanti nak cuba buat lg.. resepi ni versi cream cheese dia kental. nak cuba yg jenis creamnyer lembut pulak

Friday, November 18, 2011

Tiramisu


Rasa nak buat Tiramisu ni gara-gara tengok Masterchef Malaysia la ni.. Chef Riz minta perserta buat.. I pun jadi teringin nak makan tau.

Bahan-bahannya:
  • 1 biji kek xkisah kek apa - zila letak kek coklat
  • 200ml whipping cream- zila letak non dairy cream
  • 250gm cheese cream 
  • 150ml yogurt nestle perisa asli
  • 1/2 cwn gula halus
  • 3 sudu nescafe- zila letak serbuk koko
  • 1 cwn air panas
  • serbuk koko 

Cara-cara

  1. putarkan whipping cream bersama krim keju dan gula halus sehingga lembut.
  2. masukkan yogurt pukul hingga sebati.
  3. bancuhkan serbuk koko dan air panas.
  4. potong kek mengikut saiz bekas yang akan diisi
  5. rendam kek dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas.
  6. sapu krim yang telah diputar tadi ke atas kek. susun lagi berselang seli.
  7. simpan dalam peti ais semalaman
  8. sebelum dihidang, tabur serbuk koko atas tiramisu.

Tuesday, November 15, 2011

Kek Birthday Azril 11.11.11

kek birthday azril adalah kek coklat kukus mudah dan diwarna color favouritenya, biru.

cheese cake


Blueberry cheese cake

Thursday, November 10, 2011

Kek Keju Kukus

bahan-bahannya:
3biji telur (asingkan putih dan kuning)
100g gula halus di blender
50g tepung
250g cream cheese
125ml whipping cream atau non dairy whipping cream
essen vanilla / jus sunquick

cara-caranya:
1-Pukul putih telur dengan separuh gula hingga kental
2-Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula separuh lagi hingga sebati.
masukkan pulak telur kuning, whipping cream, tepung dan essen vanilla.
3-Tuang adunan putih telur tadi, kaup balik hingga rata.
4-Tuang dalam loyang dan kukus selama 40-45minit

Wednesday, November 9, 2011

BLINCON

























Blincon
Contact lens ni bole di pakai sampai 3 bulan dan lebih hingga 6bulan kalau anda seorg yg menjaga kebersihan lens.

CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
POWER:
BRAND(FRESHKON & COLOURVEU & BLINCON):
COLOR:

2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my atau sms only to 012-6309326


Tuesday, November 8, 2011

Kek Coklat Kukus Mudah

Bahan-bahannya:
2 biji Telur gred A
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis - (kalau nak letak topping =1/2cwn susu + air masak bg cukup sukatan 1cwn)

1 cawan air panas

cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas kecuali air panas, gaul sebati pakai senduk je... kemudian masukan air panas gaul sebati lg.. kemudian tuang dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas.
Kukus selama 45minit.



Kek Malaysia ni dibuat atas permintaan Azril anak sulung yang memang fanatik dan patriotik dengan bendera terutamanya bendera Malaysia. Happy sangat dia bila dapat kek ni. Untuk birthdaynyer yg ke 3tahun ni pada 11.11.11 pun di mintanya Kek Malaysia.

Kek Coklat Kukus Zaima

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan gaul hingga sebati kemudian dimasak hingga semua larut dan tutup api.

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama tepung-tepung tersebut.

Bahan C:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete

1) Pukul bahan C sehingga benar-benar kembang.
2) Masukkan bahan A kedalam bahan C dan kacau sehingga sebati.
3) Kemudian, masukkan pula bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
4) Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.

Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 minyak masak

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.

sebelum dimakeup masih dalam pengukus lagi tu..

sudah makeup ada comot sedikit disitu...


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...