Wednesday, November 9, 2011

BLINCON

























Blincon
Contact lens ni bole di pakai sampai 3 bulan dan lebih hingga 6bulan kalau anda seorg yg menjaga kebersihan lens.

CARA NAK ORDER
1) Emailkan maklumat berikut:
NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
POWER:
BRAND(FRESHKON & COLOURVEU & BLINCON):
COLOR:

2) bole la emailkan ke
mmeza_r@yahoo.com.my atau sms only to 012-6309326


Tuesday, November 8, 2011

Kek Coklat Kukus Mudah

Bahan-bahannya:
2 biji Telur gred A
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis - (kalau nak letak topping =1/2cwn susu + air masak bg cukup sukatan 1cwn)

1 cawan air panas

cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas kecuali air panas, gaul sebati pakai senduk je... kemudian masukan air panas gaul sebati lg.. kemudian tuang dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas.
Kukus selama 45minit.



Kek Malaysia ni dibuat atas permintaan Azril anak sulung yang memang fanatik dan patriotik dengan bendera terutamanya bendera Malaysia. Happy sangat dia bila dapat kek ni. Untuk birthdaynyer yg ke 3tahun ni pada 11.11.11 pun di mintanya Kek Malaysia.

Kek Coklat Kukus Zaima

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan gaul hingga sebati kemudian dimasak hingga semua larut dan tutup api.

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama tepung-tepung tersebut.

Bahan C:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete

1) Pukul bahan C sehingga benar-benar kembang.
2) Masukkan bahan A kedalam bahan C dan kacau sehingga sebati.
3) Kemudian, masukkan pula bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
4) Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.

Bahan toping:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/2 minyak masak

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.

sebelum dimakeup masih dalam pengukus lagi tu..

sudah makeup ada comot sedikit disitu...


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...