Kek ni sempena hari lahir anak ku yg kedua pada 11hb Jun 2012 yang lalu. Mula-mula nak buat 6lapis pelangi tapi cream cheese beli seketul je... xcukup la nak layerkan sampai 6 lapis so buat dua lapis je la..
resepinya;
Bahan-bahan
- 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
- 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
- 5 biji telur ayam (gred B)
- 250gm butter
- Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
Cara-cara
- Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
- Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
- Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
- Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
- Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
Cream Cheese Frosting
- 1 cawan gula halus
- 1/2 cawan butter
- 250gm cream chesee
No comments:
Post a Comment