Monday, April 2, 2012

Petua Hilangkan Buncit



1.  Tiap-tiap pagi amalkan meminum air limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula, insyaallah perut akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

2.  Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut dengan bengkung, amalkan setiap malam.

3.  Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. 

4.  Sediakan 2biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam sebekas air, masukkan dalam peti sejuk. setiap kali lepas makan bole dijadikan minuman harian, amalkan setiap hari. 

5.  Elakkan makan nasi bersulam air. sebaik-baik minum 1/2jam-3jam selepas makan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...