taraaaa
sedapnyer..nanti nak buat lagi |
dapat seloyang |
Bubur Sora
bahan-bahannya:
1 1/2-2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula merah dimasak dengan 3/4 cawan air kemundian tapiskan.
segenggam kacang hijau direbus
1-2 ketul ubi keledek merah/putih direbus dan dipotong dadu besar
1/4 tin jagung
ni je bahan yang saya gunakan, ada orang tambah pisang, kacang tanah, kacang merah atau sagu terpulang la pada selera masing-masing.. sebab korang yang nak makan
opps lupa pulak.. untuk menwangikan bubur ni, mak saya pesan letak serai, halia dan lengkuas ckit je, ketiga-tiga bahan ni ditumbuk dan letak air sedikit lalu ditapis untuk ambik haruman airnyer saja..
cara memasak:
Masukkan santan, air dan tepung ke dalam kuali, kacau sebati. Masukkan air gula tadi,kacau lagi.
Buka api dan kacau selalu, bila agak pekat masukkan ubi, kacang dan jagung. kacau hingga masak.