Tuesday, July 17, 2012

Kek Sedap Kegemaranku




Bahan A
250g tepung spongemix
4biji telur gred A
80ml air
1sudu kecil ovelet

Bahan B
3 sudu besar mentega cair

Bahan C
Cream cheese
whipping cream
1/2 cwn gula halus

Bahan D
whipping krim

Cara-caranya;
1-Bahan A dipukul hingga kembang kemudian masukan bahan B, pukul hingga sebati then stop.
2-Bole la nak letak perasa dan pewarna ikut kesukaan anda.
3-Masukkan dalam loyang yang beralas dan bakar pada suhu 160'c selama 25minit.

4-Bahan C dipukul hingga sebati/ berkrim siap bole digunakkan.
5-Potong kek jadi dua lapis sapukan krim ni di tengah dan diseluruh kek.

6-last sekali pukul bahan D hingga berkrim masukkan dalam peti sejuk sekejap then bole dekor atas kek dah..siap.

Friday, July 13, 2012

Kasut

 Kasut ni hubby bagi hadiah sempena birthday aku pada bulan lepas.. sebab aku dah lama xbeli kasut tinggi. Wedges ni tinggi 3.5''. Selalu aku pakai kasut yang 3'' dan ke bawah je sebab penat tau jalan sejak beranak pinak ni. Kasut ni pakai memang terasa tinggi tapi selesa walaupun jalan sambil dukung anak, sambil fefeling awek korea bole.. hehehehe..




 
 


Kasut raya tahun ni.. dah beli awal2 sebab nanti shopping time bulan puasa dengan bawa anak-anak dengan ramai orang time tu.. faham-faham je la ye. kasut-kasut ni beli kat sogo, ni pun dah penat cian kat myhubby.  thanks sayang melayan kami.aka melayan aku sebenarnya..rambang mata xtau nak pilih kasut mana.. semua yang tinggi-tinggi cantik-cantik belaka. Kasut itam silver ni tingginyer 4'' tau..rasanya ni first time aku beli kasut tinggi dengan tapak tak berapa halus ni.. tapi memang selesa kau.. sebab barand elle 1st time gak beli brand ni.. kalau brand nose,vincci atau ersali yang biasa aku beli masa bujang dulu bole la.. dah ada anak ni nak kasut tapak halus kena beli brand-brand camni untuk keselesan kita juga.

Make up di rumah



Ni la tiga barang asas make up yg perlu pakai dirumah... hehehe.. pada aku la.. orang lain mesti lain ckit barangnyer. Aku suka barang make up brand maybelline sebab murah, tahan lama dan paling penting senang dicuci. Lipstik tu sebenarnya nak beli lipbalm tapi gi try barang simplysiti pulak terus jatuh hati pada lipstik dan lipgloss tu.. dah la mahal tapi dah suka, pejam mata je la time bayar tu. nanti entry lain aku review barang2 ni.. Ooopsss lupa nak tambah kalu rajin leh buh mascara kasi lentik bulu tu baru cantik hubby tgk..kan.kan.

Thursday, July 12, 2012

Tiramisu


Kek ni aku buat khas untuk hubbyku tersayang pada hari lahirnya bulan lalu. Resepi di ambik dari blog cahaya cinta ku, cantik tuan punya blog tu deco. so aku gi JJ wangsa maju untuk beli gelas yang sama sebab nak deco camtu, memang senang nak makan tiramisu lam gelas kecik camni.. thanks sangat kepada tuan punya blog cahaya cintaku itu bagi inspirasi padaku. dan deco kek yang letak coklat keping di ambik dari cari.com. macam xmenjadi je.xtau kat mana silapnyer. Tapi kek ni memang sedap.. kejap je dah abis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...